PERTEMUAN ADAM DAN HAWA
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut
sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki
kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya. Adam terjaga....! Ia
seolah tak percaya pada penglihatannya Hawa yang diciptakan lengkap
dengan perasaan malu Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan,
keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang,
kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji Ia
adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu
akan diwariskan turun temurun di hari kemudian,dan daripadanyalah maka
ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang
dibelakangnya. Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya.
Tidak
dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan
yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. Semua
kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan
itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di
belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar
manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan
dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
PERCINTAAN
ADAM DAN HAWA
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di
hati Adam
“Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini?
Dari manakah datangmu,
dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya
sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya
ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika.
“Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
“Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku
malu!” balas Hawa seolah-olah menolak.
Tangannya, kepalanya,
memberi isyarat menolak seraya memandang
Adam dengan penuh
ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke
sini!”Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan. Adam
tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa.
Tatkala
sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya
kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai
Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali
dengan mahar dan menikah!”.
SEBALIK KISAH ADAM DAN HAWA
Maka
sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan
mendatangi.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari
Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu
cantik, suka kepada kecantikan.
Jadi, kalau cinta kepada
kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa
tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada
Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta.
namunlah
haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu...




